Sunday, February 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap dapat membantu para guru dan pelajar untuk mencari maklumat berkenaan subjek Mikroekonomi
BULAN/ MINGGU | UNIT PEMBELAJARAN/ ISI KANDUNGAN | HASIL PEMBELAJARAN | CATATAN |
Minggu 20 | Orentasi dan Taklimat Mata Pelajaran Tingkatan 6 | ||
Minggu 21 | BAHAGIAN PENGENALAN 1. Defininsi Ilmu Ekonomi 2. Sumber Ekonomi (faktor pengeluaran) 3. Kehendak Manusia | Mendefinisikan ilmu ekonomi dan mengaitkan dengan sumber ekonomi yang terhad dengankehendak yang tak terhad. Menghuraikan sumber ekonomi - tanah dan sumber asli, buruh, modal dan keusahawanan (teknologi bukan merupakan sumber ekonomi) Menerangkan kehendak manusia yang terdiri daripada barang dan perkhidmatan Mengelaskan barang dan perkhidmatan serta memberi contoh barang yang berikut: a) barang percuma, barang ekonomi, dan barang awam b) barang pengeluar atau barang modal, barang pertantaraan, barang pengguna atau barang akhir | |
Jun Minggu 22 | 4. Masalah Asas Ekonomi 5. Keluk Kemungkinan Pengeluaran | a) Menerangkan konsep kekurangan sumber, pilihan dan kos lepas. b) Menghuraikan masalah apa dan berapa, bagaimana dan untuk siapa. a) Menjelaskan konsep keluk kemungkinan pengeluaran scara jadual dan gambar rajah (Hanya kos lepas yang malar dan yang meningkat sahaja diterangkan) b) Mengaitkan keluk kemungkinan pengeluaran dengan maslah kekurangan, pilihan, dan kos lepas. c) Menjelaskan kesan perubahan kuantiti sumber dan teknologi terhadap keluk kemungkinan pengeluaran | |
Minggu 23 | Cuti Pertengahan Penggal (04.06.10-20.06.10) Cuti Hari Keputeraan Agung (05.06.10) | ||
Minggu 24 | |||
Minggu 25 | 6. Sistem Ekonomi 6.1 Ekonomi pasaran bebas, ekonomi perancangan pusat dan ekonomi campuran 6.2 Ciri-ciri dan bagaimana sistem ekonomi menyelesaikan masalah asas ekonomi 6.3 Ekonomi Islam | Membincangkan definisi, ciri kebaikan dan kelemahan setiap sistem ekonomi. Membandingkan cara penyelesaian masalah asas ketiga-tiga sistem ekonomi. Membincangkan ciri ekonomi Islam: a) Sistem pemilikan harta dan kekayaan b) Peranan kerajaan c) Penghapusan riba d) Sistem zakat | |
Minggu 26 | 7. Aliran pusingan pendapatan 8. Liputan Analisis Ekonomi Prauniversiti 9. Pengkaedahan Analisis Dalam Ilmu Ekonomi | a) Menjelaskan pelaku ekonomi, iaitu isi rumah, firma dan kerajaan , dan peranannya dalam menjalankan kegiatan ekonomi b) Menghuraikan aliran fizikal dan wang antara pelaku ekonomi dalam ekonomi pasar dan ekonomi campuran a) Menerangkan tajuk dalam analisis ekonomi b) Menerangkan aspek ekonomi Malaysia yang akan dipelajari. a) Melengkapkan dan menganalisis jadual b) Melukis dan menghuraikan gambar rajah c) Menggunakan persamaan matematik untuk menyelesaikan masalah ekonomi. | |
Julai Minggu 27 | BAB 1 PERMINTAAN DAN PENAWARAN 1.1 Permintaan 1.1.1 Hukum permintaan a) Persamaan permintaan b) Jadual permintaan c) Keluk permintaan d) Permintaan individu dan permintaan pasaran | a) Mendefinisikan permintaan dan menerangkan hukum permintaan b) Menyatakan hukum permintaan dengan menggunakan persamaan Menggunakan rumus untuk menerangkan permintaan Menerangkan hubungan antara harga dengan kuantiti diminta melalui jadual a) Membina keluk permintaan berdasarkan jadual. b) Menerangkan faktor yang menyebabkan keluk permintaan bercerun negatif, kesan pengganti, kesan pendapatan benar dan utiliti sut berkurangan. a) Membezakan antara permintaan individu dan permintaan pasaran b) Membina keluk permintaan individu dan permintaan pasaran dengan menggunkan jadual dan gambar rajah | |
Minggu 28 | 1.1.2 Faktor yang mempengaruhi permintaan 1.1.3 Perubahan kuantiti diminta dan perubahan permintaan | Menghuraikan faktor yang mempengaruhi permintaan iaitu harga barang itu sendiri, harga barang lain pendapatan, citarasa dan penduduk. Membezakan perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan | |
Minggu 29 | Ujian Bulanan 2 (19.07.10-23.07.10) | ||
Minggu 30 | 1.2 Penawaran 1.2.1 Hukum penawaran a) Persamaan penawaran b) Jadual penawaran c) Keluk penawaran d) Penawaran individu dan penawaran pasaran | Mendefinisikan penawaran dan menghuraikan hukumnya Menggunakan rumus untuk menerangkan penawaran Menerangkan hubungan antara harga dengan kuantiti ditawar melalui jadual. Membina keluk penawaran daripada jadual a) Membezakan antara penawaran individu dan penawaran pasaran. b) Membina keluk penawaran pasaran daripada keluk penawaran individu dengan menggunakan gambar rajah dan jadual. | |
Ogos Minggu 31 | 1.2.2 Faktor yang mempengaruhi penawaran 1.2.3 Perubahan kuantiti ditawar dan perubahan penawaran | Menghuraikan faktor yang mempengaruhi penawaran: Harga barang itu sendiri, harga barang lain, kos input, matlamat pengeluaran, teknologi, dasar kerajaan, jangka masa, dan bilangan pengeluar. Membezakan perubahan kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran. | |
Minggu 32 | 1.3 Keseimbangan pasaran 1.3.1 Penentuan keseimbangan 1.3.2 Perubahan keseimbangan 1.3.3 Persamaan permintaan dan penawaran untuk keseimbangan | a) Menerangkan interkasi permintaan dan penawaran pasaran untuk menentukan tingkat harga dan kuantiti yang diperjualbelikan dipasaran. b) Menjelaskan konsep lebihan atau kurangan permintaan dan penawaran. Menerangkan berbagai kemungkinan perubahan permintaan atau penawaran yangakan menyebabkan perubahan keseimbangan pasaran iaitu perubahan permintaan sahaja, perubahan permintaan dan penawaran secara serentak. Membentuk keseimbangan pasaran dengan menggunakan rumus/persamaan. | |
Minggu 33 | BAB 2 KEANJALAN PERMINTAAN DAN KEANJALAN PENAWARAN 2.1 Keanjalan permintaan 2.1.1 Keanjalan permintaan harga 2.1.1 Faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga | a) Menerangkan konsep keanjalan secara umum b) Medefinisikan keanjalan permintaan harga.. c) Menggunakan rumus untuk menghitung keanjalan titik dan lengkuk, dan mentafsirkan nilai keanjalannya. d) Mengena pasti pelbagai darjah keanjalan: anjal, tak anjal, anjal satu, anjal sempurna, dan tak anjal sempurna. | |
Minggu 34 | 2.1.3 Hubungan antara keanjalan permintaan harga dengan jumlah hasil 2.1.4 Keanjalan permintaan silang 2.1.5 Keanjalan permintaan pendapatan | Menghuraikan faktor yang mempengaruhi keanjalan permintaan harga. Menghubungkan jumlah hasil dengan darjah keanjalan permintaan harga atau jumlah perbelanjaan pengguna. a) Mendefinisikan keanjalan silang. b) Menggunakan rumus untuk menghitung keanjalan silang. c) Mengelaskan barang mengikut keanjalan silang: barang penggenap, barang pengganti dan barang neutral. a) Mendefinisikan keanjalan permintaan perndapatan. b) Menggunakan rumus untuk menghitung keanjalan permintaan pendapatan. c) Mengelaskan barang mengikut keanjalan pendapatan: barang normal, barang mewah, barang mesti dan barang bawahan. | Cuti Nuzul Quran (27.08.10) |
Minggu 35 | 2.2 Keanjalan penawaran 2.2.1 Keanjalan penawaran 2.2.2 Faktor yang mempengaruhi keanjalan penawaran | a) Mendefinisikan keanjalan penawaran. b) Menggunkan rumus untuk menghitung nilai keanjalan penawaran, dan mentafsirkan nilai keanjalan. c) Menentukan darjah keanjalan penawaran: anjal, tak anjal, anjal satu, anjal sempurna, dan tak anjal sempurna. Menghuraikan faktor yang mempengaruhi keanlajan penawaran. | Cuti Hari Kebangsaan (31.08.10) |
Minggu 36 | Cuti Pertengahan Penggal II (03.09.10-12.09.10) Hari Raya Puasa (10.09.10-12.09.10) | ||
Minggu 37 | BAB 3 TEORI PERMINTAAN DAN PERLAKUAN PENGGUNA 3.1 Pendekatan utiliti kardinal 3.1.1 Kes memilih satu barang 3.1.2 Kes memilih banyak barang 3.2 Keluk permintaan individu 3.3 Lebihan pengguna | a) Menerangkan dan mengukur kepuasan pengguna secara kuantitatif. b) Memberikan definisi jumlah utiliti dan utiliti sut. c) Menerangkan hukum utiliti sut berkurangan. d) Menunjukkan bagaimana kepuasan maksimum dicapai. a) Menentukan utiliti sut per ringgit setiap barang yang dipilih. b) Menerangkan syarat keseimbangan pennguna, dan menentukan keseimbangan pengguna c) Kesan perubahan harga terhadap keseimbangan. Menerbitkan keluk permintaan individu. Mentakrifkan lebihan pengguna, dan menghitung lebihan pengguna melalui jadual dan gambar rajah. | Cuti Hari Malaysia (16.09.10) |
Minggu 38 | BAB 4 TEORI DAN KOS PENGELUARAN 4.1 Firma, industri, jangka masa pendek, dan jangka masa panjang. 4.2 Fungsi pengeluaran satu input berubah. | Menerangkan maksud firma, industri, input, jangka masa pendek dan jangka masa panjang. a) Menerangkan konsep fungsi pengeluaran satu input berubah. b) Menerangkan hukum pulangan berkurangan. c) Membezakan konsep jumlah keluaran, keluaran purata, dan keluaran sut. (Nota: Huraian tentang tahap pengeluaran tiak diperlukan) | |
Oktober Minggu 39 | 4.3 Kos pengeluaran jangka masa pendek | a) Mendefiniskan kos pengeluaran. b) Membezakan kos eksplisit dengan kos implisit. c) Menerangkan konsep kos jangka pendek dengan menggunakan jadual dan gambar rajah, iaitu kos tetap, kos berubah, jumlah kos, kos purata, kos tetap purata, kos berunbah purata dan kos sut. d) Menggunakan rumus untuk menghitungkos jangka pendek. e) Menerangkan mengapa keluk kos purata berbentuk ”U” | |
Minggu 40 | 4.4 Kos pengeluaran jangka panjang. 4.5 Ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan | a) Mentakrifkan kos pengeluaran jangka panjang dan menerbitkan keluk perancangan . b) Menerangkan mengapa keluk perancangan berbentuk ”U”. a) Mendefinisikan ekonomi bidangan dan tak ekonomi bidangan. b) Mendefinisikan ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman. c) Mengenal pasti faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan dalaman dan tak ekonomi bidangan dalaman. d) Mendefinisikan ekonomi bidangan luaran dan tak ekonomi bidangan luaran. e) Mengenal pasti faktor yang mewujudkan ekonomi bidangan luaran dan tak ekonomi bidangan luaran. | |
Minggu 41 | PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN (11.10.10-29.10.10) | ||
Minggu 42 | |||
Minggu 43 | |||
NovemberMinggu 44 | Latihan Terancang Cuti Deepavali (05.11.10) | ||
Minggu 45 | Latihan Terancang | ||
Minggu 46 | Latihan Terancang Cuti Hari Raya Haji (17.11.10) |
BULAN/ MINGGU | UNIT PEMBELAJARAN/ ISI KANDUNGAN | HASIL PEMBELAJARAN | CATATAN |
Januari Minggu 1 | Pengenalan kepada sukatan pelajaran ekonomi asas Tingkatan 6 Atas. | | |
Minggu 2 | BAB 5 STRUKTUR PASARAN, DAN PENENTUAN HARGA DAN OUTPUT 5.1 Konsep hasil, dan struktur pasaran | a) Mentakrifkan konsep jumlah hasil, hasil purata dan hasil sut b) Menerangkan konsep pasaran persaingan sempurna dan pasaran persaingan tak sempurna | |
Minggu 3 | 5.2 Pasaran persaingan sempurna | a) Mendefinisikan pasaran persaingan sempurna b) Menerangkan ciri pasaran persaingan sempurna | |
Minggu 4 | 5.2.1 Penentuan output firma jangka pendek | a) Menentukan output keseimbangan mengikut pendekatan jumlah hasil dan jumlah kos, dan melukis keseimbangan tersebut. b) Menentukan output keseimbangan mengikut pendekatan hasil sut dan kos sut, dan melukis keseimbangan tersebut. | Cuti Thaipusam (30.01.10) |
Februari Minggu 5 | 5.2.1 Penentuan output firma jangka pendek | c) Membezakan tiga keadaan keseimbangan : untung lebih normal, untung normal dan rugi. d) Menjelaskan keputusan firma apabila mengalami kerugian; meneruskan operasi atau memberhentikan operasi. | |
Minggu 6 | 5.2.2 Keluk penawaran firma dan industri | a) Menerbitkan keluk penawaran firma b) menerbitkan keluk penawaran industri | |
Minggu 7 | 5.2.3 Penentuan output jangka panjang | Dengan menggunakan gambar rajah keseimbangan firma dan permintaan di pasaran, menerangkan bagaimana penyesuaian dalam pasaran berlaku,sehingga menyebabkan firma mendapat untung normal. | Cuti Tahun Baru Cina (14.02.10-15.02.10) |
Minggu 8 | 5.2.4 Kebaikan dan kelemahan pasaran persaingan sempurna 5.3 Pasaran monopoli | Membincangkan kebaikan dan kelemahan pasaran persaingan sempurna a) Mendefinisikan pasaran monopoli, dan menerangkan cirinya b) Menerangkan faktor yang menghalang kemasukan firma baru | Cuti Maulidur Rasul (26.02.10) |
Minggu 9 | Ujian Bulanan 1 (02.03.10-11.03.10) M9 dan M10 Cuti Pertengahan Penggal I (12.03.10-21.03.10) M10 dan M11 | ||
Minggu 10 | |||
Minggu 11 | |||
Mac Minggu 12 | 5.3.1 Penentuan output keseimbangan | a) Menentukan output keseimbangan mengikut pendekatan jumlah hasil dan jumlah kos, dan melukis keseimbangan tersebut. b) Menentukan output keseimbangan mengikut pendekatan hasil sut dan kos sut, dan melukis keseimbangan tersebut. c) Membezakan tiga keadaan keseimbangan bagi monopoli : untung lebih normal, untung normal dan rugi. | |
April Minggu 13 | 5.3.2 Diskriminasi harga | a) Mendefinisikan diskriminasi harga b) Menerangkan jenis diskriminasi harga : darjah pertama, darjah kedua dan darjah ketiga | |
Minggu 14 | 5.3.3 Perbandingan antara pasaran persaingan sempurna dengan pasaran monopoli | Membandingkan kedua-dua bentuk pasaran dari segi harga, kuantiti, untung, kecekapan peruntukan, kecekapan pengeluaran, lebihan pengguna dan lebihan pengeluar. | |
Minggu 15 | 5.3.4 Monopoli kerajaan | a) Menjelaskan tentang monopoli kerajaan terhadap pengeluaran barang awam b) Menerangkan monopoli untuk kepentingan masyarakat (menggunakan gambar rajah yang menentukan output pada titik kos purata sama dengan harga) | |
Minggu 16 | 5.4 Pasaran persaingan bermonopoli | Mendefinisikan pasaran persaingan bermonopoli a) Menentukan output keseimbangan jangka pendek dengan menggunakan gambar rajah b) Membezakan tiga keadaan keseimbangan bagi pasaran persaingan bermonopoli : untung lebih normal, untung normal dan rugi. c) Menerangkan output keseimbangan jangka panjang | |
Mei Minggu 17 | 5.4.2 Persaingan bukan harga | a) Mendefinisikan persaingan bukan harga b) Menerangkan jenis persaingan bukan harga seperti pembezaan keluaran, penggunaan iklan, galakan jualan dan khidmat selepas jualan | Cuti Hari Pekerja (01.05.10) |
Minggu 18 | 5.4.3 Kebaikan dan kelemahan pasaran persaingan bermonopoli 5.5 Pasaran Oligopoli | Membincangkan kebaikan dan kelemahan pasaran persaingan bermonopoli a) Mendefinisikan, menghuraikan ciri, dan memberikan contoh b) Menerangkan perbezaan ciri antara pasaran oligopoli dengan pasaran lain (Nota: Gambar rajah untuk pasaran oligopoli tidak diperlukan) | |
Minggu 19 | Peperiksaan Pertengahan Tahun (10.05.10-27.05.10) Sambutan Hari Guru (17.05.10) M20 Cuti Hari Wesak (28.05.10) M21 | ||
Minggu 20 | |||
Minggu 21 | |||
Jun Minggu 22 | BAB 6 TEORI AGIHAN 6.1 Permintaan dan penawaran faktor pengeluaran 6.1.1 Keanjalan permintaan faktor pengeluaran | a) Menjelaskan tentang keluk permintaan faktor pengeluaran dan teori daya pengeluaran sut b) Menerangkan ciri umum keluk permintaan dan penawaran faktor pengeluaran Menyatakan faktor yang menentukan keanjalan permintaan faktor pengeluaran | |
Minggu 23 | Cuti Pertengahan Penggal (04.06.10-20.06.10) Cuti Hari Keputeraan Agung (05.06.10) | ||
Minggu 24 | |||
Minggu 25 | 6.2 Upah 6.2.1 Penentuan tingkat upah | a) Medefinisikan upah b) Membezakan upah wang dengan upah benar c) mengenalpati dan menerangkan faktor yang membezakan upah Menerangkan bagaimana upah ditentukan dengan menggunakan gambar rajah(andaian:Pasaran buruh adalah pasaran persaingan sempurna) | |
Minggu 26 | 6.2.2 Penentuan penggunaan buruh oleh firma 6.2.3 Kesatuan sekerja | Menerangkan bagaimana firma dan individu menentukan jumlah buruh yang memaksimumkan untung a) Mendefinisikan kesatuan sekerja b) Menyatakan tujuan penubuhan kesatuan sekerja c) Menghuraikan kaedah kesatuan sekerja menuntut kenaikan upah | |
Julai Minggu 27 | 6.3 Sewa | a) Mendefinisikan sewa b) Membandingkan sewa ekonomi, perolehan pindahan dan sewa kuasi | |
Minggu 28 | 6.4 Bunga | a) Mendefinisikan bunga b) membezakan bunga nominal dengan bunga benar c) Menerangkan teori bunga klasik dan teori bunga keynes | |
Minggu 29 | Ujian Bulanan 2 (19.07.10-23.07.10) | ||
Minggu 30 | 6.5 Untung | a) Mendefinisikan untung b) Membezakan jenis untung c) Menghuraikan sumber dan peranan untung, iaitu risiko, inovasi dan kuasa monopoli | |
Ogos Minggu 31 | BAB 7 PERANAN KERAJAAN 7.1 Mengapa kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi | a) menghuraikan secara ringkas kegagalan sistem pasaran bebas: ketidak cekapan pengeluaran dan peruntukan sumber disebabkan kuasa monopoli, pengagihan pendapatan yang tak setara, ekternaliti negatif, kekurangan barang awam, danketakstabilan kegiatan ekonomi b) Menjelaskan tujuan/tindakan campur tangan kerajaan dalamkegiatan ekonomi | |
Minggu 32 | 7.2 Dasar Kerajaan 7.2.1 Peraturan dan undang-undang | a) Menerangkan bentuk peraturan dan tindakan undang-undang yang boleh digunakan untuk mengawal kelemahan sistem pasaran bebas contohnya mengawal kuasa monopoli dan meningkatkan persaingan | |
Minggu 33 | 7.2.1 Peraturan dan undang-undang | b) Menerangkan campur tangan dalam penetuan harga (harga maksimum, harga minimum, upahminimum, kawalan keluaran, kawalan penawaran dan kouta) | |
Minggu 34 | 7.2.2 Pencukaian dan subsidi | a) Menerangkan kesan cukai terhadap harga, output dan beban cukai b) Menerangkan kesan subsidi terhadap harga dan output c) Menyetarakan agihan pendapatan | Cuti Nuzul Quran (27.08.10) |
September Minggu 35 | 7.2.3 Pemilikan kerajaan | Menerangkan kegiatan kerajaan menubuhkan dan memiliknegarakan syarikat tertentu yang boleh meningkatkan kebajikan masyarakat | Cuti Hari Kebangsaan (31.08.10) |
Minggu 36 | Cuti Pertengahan Penggal II (03.09.10-12.09.10) Hari Raya Puasa (10.09.10-12.09.10) | ||
Minggu 37 | PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM (13.09.10-01.10.10) Cuti Hari Malaysia (16.09.10) | ||
Minggu 38 | |||
Oktober Minggu 39 | |||
Minggu 40 | PROGRAM PRA STPM Cuti Deepavali (05.11.10) | ||
Minggu 41 | |||
Minggu 42 | |||
Minggu 43 | |||
November Minggu 44 | |||
Minggu 45 | PEPERIKSAAN STPM Cuti Hari Raya Haji (17.11.10) |
PENASIHAT - PN. HJH HABSHAH BINTI ABDUL KUDUS
PENGERUSI - PN HJH NORAINI BINTI MUIN
KETUA BIDANG TEKNIK DAN VOKASIONAL - PN SARINA SHAARI
KETUA PANITIA - PN HALEZZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM
PN HALEZZA BINTI MOHD JABAR @ IBRAHIM (MIKROEKONOMI)
No comments:
Post a Comment